suria

Ramai ingat Meghan Trainor sombong, rupanya susah senyum sebab suntikan botoks 

Meghan menegaskan dirinya bukanlah seorang sumbong.

PENYANYI Meghan Trainor menjelaskan dia bukan seorang yang sombong sebaliknya sukar tersenyum akibat suntikan botoks pada wajah.

Meghan berkata, akibat suntikan itu wajahnya menjadi tegang dan sakit sekiranya dia ingin senyum.

"Tolong, saya cucuk terlalu banyak botoks. Saya tak dapat senyum langsung, muka saya jadi sakit," katanya

.Copy of Untitled - 2024-12-02T122259.994

Meghan menyesal melakukan suntika botoks secara kerap.

Meghan berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual podcast di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Meghan mengakui menyesal terlalu mengikut nafsu apabila kerap mengambil suntikan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sangkal pernah suntik botoks, kecantikan dimiliki semula jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton umum dapat anak kedua, beri nama London

Jelasnya, ramai beranggapan dia seorang yang berlagak dan sombong tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Awalnya saya cucuk pada bahagia dahi saja tapi ada yang cadang suntik di bibir. Mereka kata senyuman akan nampak cantik.

"Itu semua bohong! Walaupun saya gembira orang tetap ingat saya marah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain