suria

Park Min Jae meninggal dunia mengejut di China

Min Jae meninggal dunia pada usia 32 tahun.

TIADA angin tiada rebut, pelakon Park Min Jae, 32, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke China pada Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan adik mendiang dan berharap peminat akan sentiasa mengingati lakonan abangnya itu.

"Abang kesayangan saya telah pergi berehat buat selamanya.

NP (45)

Berita kematian Min Jae disahkan adiknya.

"Saya harap seramai mungkin orang dapat mengingati abang saya.

"Harap maklum saya tidak boleh menghubungi semua orang secara individu." katanya di Instagram pada Isnin.

Dalam pada itu, agensi Min Jae, iaitu Big Title mengesahkan berita kematian aktor itu dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Song Jae Rim ditemukan mati, sempat tinggal sepucuk surat

ARTIKEL BERKAITAN: Foto makan strawberi tarik perhatian, netizen tak percaya Park Min Young kini berusia 36 tahun

"Helo, ini Big Title, agensi pelakon Park Min Jae. Dia seorang yang suka berlakon dan sentiasa memberikan yang terbaik telah meninggal dunia.

"Kami amat menghargai kasih sayang dan perhatian yang telah anda tunjukkan kepada pelakon Park Min Jae walaupun kami tidak dapat melihat persembahannya lagi.

"Kami dengan bangganya akan mengingatinya sebagai pelakon dalam agensi Big Title," ujarnya

NP (44)

Min Jae meninggal dunia kerana serangan jantung.

Difahamkan buat masa ini jenazah masih berada di Dewan Pengebumian Hospital Seoul Universiti Ewha Womans.

Upacara pengebumian mendiang akan berlangsung pada pagi Rabu dan lokasi masih belum diputuskan.

Untuk rekod Min Jae dikenali menerusi lakonannya dalam drama Little Women, Snap And Spark, dan True To Love.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain