suria

Selepas suami, Shilpa Shetty pula ditahan berkait penerbitan video porno... Peguam tampil jelaskan kekeliruan

Shilpa ditahan pihak berkuasa sekadar untuk membantu siasatan.

PELAKON Bollywood Shilpa Shetty didakwa telah ditahan pihak berkuasa susulan laporan kononnya dia terbabit kes penerbitan video pornografi melibatkan suaminya iaitu Raj Kundra.

Malah, 15 buah kediaman milik pasangan itu yang terletak di Mumbai dan Utter diserbu bagi tujuan siasatan.

Perkhabaran tersebut mengundang persoalan peminat berhubung penglibatan Shilpa dalam kes jenayah membabitkan suaminya.

Copy of Untitled - 2024-12-03T160303.046

Shilpa tiada kaitan dengan kes jenayah membabitkan Raj.

Tampil menjawab spekualasi berkenaan, peguam mewakili Shilpa menjelaskan penahanan pelakon itu sekadar untuk membantu siasatan.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan pihak berkuasa juga disifatkan mengelirukan.

"Ada laporan media menyatakan Shilpa diserbu pihak penguatkuasa. Laporan itu tidak benar dan mencetuskan kekeliruan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi dicium Richard Gere 15 tahun lalu selesai, Shilpa Shetty akhirnya bebas tuduhan cabul

ARTIKEL BERKAITAN: Usia cecah 46 tahun, Shilpa Shetty aktif bersenam... mahu 'body' macam Jennifer Lopez

"Tidak ada serbuan daripada bahagian penguatkuasa atau apa sahaja tindakan agensi terhadap Shilpa,” katanya.

Dalam pada itu, Raj juga dilaporkan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan berlangsung selain yakin kebenaran akan berpihak kepadanya kelak.

Sebelum ini, Raj dituduh menjadi dalang utama penyebaran bahan filem lucah sebelum ditahan pihak berkuasa beberapa hari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain