ANAK kepada pemuzik terkenal Indonesia Ahmad Dhani iaitu El Rumi dikritik peminat selepas tular video mesra bersama kekasihnya. Dalam rakaman itu, El Rumi atau Ahmad Jalaluddin Rumi, 25, memeluk kekasihnya iaitu pelakon Syifa Hadju daripada belakang semasa berada di konsert Sheila On 7 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu. Malah kelihatan El meletakkan kepalanya rapat di bahu Syifa seperti sedang berbisik sesuatu. Hubungan El dan Syifa didedahkan pada Julai lalu. Tindakan mereka itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang netizen yang turut menasihati mereka supaya tidak berpegangan kerana bukan mahram. Namun ada juga segelintir peminat mendoakan hubungan mereka itu kekal hingga ke alam perkahwinan. "Kalau boleh janganlah berpegangan begitu, masih belum sah. Risau dicaci orang. ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty dah sedia terima menantu, puji kekasih El Rumi tak sombong nampak pemalu orangnya ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ahmad Dhani, El Rumi dedah ciri-ciri wanita idaman... paling penting bukan ‘kaki clubbing’ "Bukan nak berlagak alim atau apa. Kalau saya ada anak, saya tak mahu dia berhubungan seperti itu. Semoga Allah jaga selalu. "Semoga berjodoh sehingga berkahwin," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!