SALAH seorang individu yang melaporkan perbuatan buruk mogul rap P. Diddy akhirnya tampil mendedahkan identitinya kepada umum. Individu tersebut merupakan bekas isteri kepada bintang hoki NHL Avander Kane iaitu Anna Kane yang juga mangsa serangan seksual penyanyi rap terkenal tersebut. Daily Mail melaporkan Anna adalah individu kelima memfailkan pertuduhan terhadap Diddy pada akhir tahun lalu. Anne merupakan isteri kepada bintang hoki NHL iaitu Avander Kane. Turut membuat laporan terhadap Diddy adalah bekas kekasihnya yang juga penyanyi Cassie. Menerusi dokumen difailkan di mahkamah, Anna mendakwa Diddy memperkosanya dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama dua individu lain ketika dia berusia 17 tahun. Apa membuatkan Anna trauma, Diddy langsung tidak menunjukkan sikap perikemanusiaan walaupun merayu dilepaskan. Tampil bersuara selepas 20 tahun kejadian itu, Anna menegaskan dia mahu menegakkan keadilan walaupun terpaksa berdepan ancaman. ARTIKEL BERKAITAN: Kes P. Diddy mungkin dibatalkan jika individu pertama buat laporan enggan muncul diri... Mahkamah tak nampak kesungguhan pengadu ARTIKEL BERKAITAN: P.Diddy mohon ikat jamin buat kali kedua, tawar banglo mewah RM210 juta sebagai cagaran "Saya tak gentar berdepan dia (Diddy), saya akan teruskan tuntutan dan pastikan mereka yang memperkosa saya menerima balasannya," katanya. Sebelum ini, mahkamah mengeluarkan amaran kes jenayah membabitkan Diddy berkemungkinan dibatalkan sekiranya individu melaporkan perkara itu gagal mendedahkan identiti mereka. Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan manusia serta jenayah seksual. Diddy berdepan 120 pertuduhan lain melibatkan jenayah seksual. Diddy turut berdepan 120 tuduhan kegananasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu. Ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu termasuk Justin Bieber, Jaden Smith, Usher dan Meek Mill. Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!