PELAKON Park Sung Hoon dikritik ramai ketika wataknya menerusi drama bersiri Squid Game musim kedua menjadi bualan. Mana tidaknya, Sung Hoon, 39, dikatakan memuat naik poster parodi lucah drama bersiri popular itu di Instagram miliknya. Menerusi foto dimuat naik memaparkan beberapa wanita memakai pakaian seragam drama bersiri berkenaan sambil menunjukkan buah dada mereka berserta aksi tidak senonoh. Peminat kecam kecuaian Sung Hoon. Dia bagaimanapun memadam hantaran berkenaan sebaik sahaja menyedari kesilapannya itu. Namun hantaran tersebut berjaya dirakam dan ia mula tersebar luas sekali gus mendapat kritikan orang ramai. Sementara itu, pihak agensi Sung Hoon tampil membersihkan nama aktor berkenaan yang mendakwa dia tanpa sengaja memuat naik hantaran berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan punya fasal, pengarah ‘Squid Game’ hilang 9 batang gigi ketika penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game‘ buat rayuan kurangkan hukuman, Oh Young Soo menyesal lakukan gangguan seksual Malah ketika ini Sung Hoon juga kesal dengan tindakan tersebut. "Sung Hoon secara tidak sengaja memuat naik foto itu di Instagramnya selepas membaca beberapa mesej. "Dia sendiri terkejut dan segera memadamnya. Dia sedang merenung semula tindakannya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!