PELAKON Nikita Willy mengalami kerugian sebanyak 28 juta rupiah atau RM7,700 selepas menjadi mangsa penipuan pelawak Fico Fachriza. Nikita atau Nikita Purnama Willy, 30, berkata, dia memberikan wang tersebut dengan niat untuk membantu membiaya proses pengebumian bapa tiri Fico. "Minggu lalu, Fizo ada mesej saya minta bantuan untuk bayar bil hospital, pengebumian dan majlis tahlil untuk bapa tirinya. Nikita berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Lalu saya pindahkan wang tersebut dan saya dapat tahu rupa-rupanya saya sudah ditipu," katanya menerusi hantaran di InstaStory. Bersama kapsyen, Nikita memuat naik semula tangkap layar hantaran milik kakak kepada Fico yang menceritakan penipuan adiknya itu. Menerusi hantaran tersebut, kakak Fico iaitu Ananta Rispo mengingatkan rakan artis agar tidak terpedaya dengan helah digunakan adiknya untuk meraih simpati. Meskipun ditipu, Nikita tidak berdendam malah berharap Fico menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang baik. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy mengaku tak pandai masak, sanggup upah chef peribadi sediakan makanan ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy perlahankan karier selepas hamil anak kedua, belum fikir mahu bersalin di negara mana "Semoga wangnya digunakan untuk hal positif dan semoga Fico dan keluarga segera diberikan jalan keluar sekiranya berada dalam kesusahan," ujarnya. Selain Nikita, beberapa selebriti lain turut menjadi mangsa penipuan pelawak berkenaan termasuklah pempengaruh Aurel Hermansyah dan penyanyi Teuku Ryzki. Sebelum ini, Fico tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengakui dia ada meminjam sejumlah wang daripada beberapa individu termasuk rakan selebriti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!