ANAK kembar mogul rap P. Diddy iaitu Jessie dan D'Lila Combs dianggap tidak sensitif apabila meraikan kedatangan 2025 dengan percutian di atas kapal mewah. Mirror melaporkan Jessie dan D'Lila, 18, menikmati percutian di St. Barts malah berkongsi kegembiraan tersebut di Instagram. Percutian mewah itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang membandingkan realiti suram yang dihadapi bapa mereka di Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, Amerika Syarikat. Jessie dan D'Lilla mengenakan busana sepadan rona merah jambu ketika keluar berhibur. Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan manusia serta jenayah seksual. Diddy turut berdepan 120 tuduhan kegananasan seks melibatkan mangsa bawah umur pada 2 Oktober lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pengadu kes jenayah seksual P. Diddy dedah identiti, dakwa diperkosa 20 tahun lalu ARTIKEL BERKAITAN: P.Diddy mohon ikat jamin buat kali kedua, tawar banglo mewah RM210 juta sebagai cagaran Ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu termasuk Justin Bieber, Jaden Smith, Usher dan Meek Mill. Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!