KEMUNCULAN penyanyi T.O.P dalam musim kedua siri Squid Game menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman selepas dia mengumumkan enggan lagi berlakon sebelum ini. Namun di sebalik kritikan negatif itu, T.O.P membuktikan kredibilitinya sebagai anak seni dengan kejayaan membawa watak Thanos dalam drama berkenaan dengan cemerlang. Malah penglibatannya turut mendapat pujian pengarah Squid Game 2 iaitu Hwang Dong Hyu menganggap dia berani tampil memegang watak seorang penyanyi lelaki yang mengambil dadah. "Saya rasanya dia berani mengambil watak itu di mana seorang yang hampir sama dengan kisah negatif sebelum ini. T.O.P sahut cabaran bawa watak Thanos. "Walau dia lama tidak berlakon, saya boleh katakan lakonannya sangat memberangsangkan. Saya berpuas hati dengan cara dia membawa watak tersebut," ujarnya. Watak Thanos atau Player 230 merupakan salah satu karakter yang terlibat dalam permainan ciptaan dalam drama tersebut. Gambaran sikap Thanos dalam drama tersebut seolah memberi gambaran kisah peribadi T.O.P kerana sebelum ini dia juga pernah berdepan hukuman akibat penyalahgunaan dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jung Jae terima bayaran RM4.6 juta satu episod Squid Game 2, kini aktor termahal Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN: T.O.P Big Bang antara pelakon Squid Game 2, peminat mahu boikot Nama T.O.P mula menjadi bahan kecaman selepas diumumkan sebagai salah satu watak dalam Squid Game 2 tahun lalu. Selepas ia mula ditayangkan, dia terus menerima kritikan susulan membawa karakter jahat seperti Thanos. T.O.P pernah menjalani hukuman penjara 10 bulan pada 2017 akibat dan penyalahgunaan dadah dan dia sebelum ini pernah mengumumkan bersara daripada dunia seni. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!