suria

Kekasih kurang senang dengan bekas suami Jennifer Garner, anggap Ben Affleck orang ketiga

John (kiri) menganggap kehadiran Ben (kanan) sebagai orang ketiga.

KEKASIH pelakon Jennifer Garner kurang senang apabila bekas suaminya iaitu Ben Affleck kini bergelar 'orang ketiga' dalam hubungan mereka.

Usahawan John Miller tidak selesa dengan Ben yang terlalu kerap berhubungan atau berjumpa dengan Jennifer meskipun faham mereka mempunyai anak bersama.

Kemunculan Ben dalam hidup mereka bertambah kerap apabila aktor itu berpisah dengan isterinya iaitu penyanyi Jennifer Lopez sejak Ogos tahun lalu.

ben1 - 1

Hubungan Ben dan Jennifer dikatakan kembali rapat.

"John menyokong dan memahami situasi di antara Jennifer dan Ben.

"Bagaimanapun John mula rimas dengan Ben dan menganggapnya orang ketiga dalam hubungan mereka," katanya sumber pasangan tersebut.

Terbaharu Ben dan Jennifer dilihat menghabiskan masa bersama bagi meraikan Hari Krismas bersama keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Affleck tengah cari pengganti JLo, letak syarat calon teman wanita tak minum alkohol

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bekas suami kembali ketagih alkohol, Jennifer Garner jadi orang tengah selamatkan perkahwinan Ben Affleck dan JLo

Tidak hanya itu, Ben sering menelefon dan menghantar mesej kepada Jennifer bertanya pelbagai hal termasuk tentang anak-anak mereka.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada Jun 2005 sebelum sah bercerai pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 17, Seraphina, 14, dan Samuel yang kini berusia 11 tahun.

Pada 2022, Ben berkahwin dengan Jennifer atau JLo selepas setahun kembali menjalinkan hubungan cinta.

Ben sebelum ini memaklumkan sudah berpisah dengan JLo (kanan).

Ben sebelum ini memaklumkan sudah berpisah dengan JLo (kanan).

Pasangan ini pernah bertunang pada 2002 namun membatalkan perkahwinan mereka pada tahun berikutnya.

Ia merupakan perkahwinan keempat Jennifer dan kedua buat Ben.

Pada Ogos lalu, Jennifer mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Ben selepas dua tahun berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain