PENYANYI Indonesia Mahalini membuat kejutan apabila mengumumkan dia bakal berehat daripada dunia seni. Mahalini, 25, bagaimanapun tidak menjelaskan sebab dan alasan dia membuat keputusan tersebut ketika namanya sedang berada di puncak. Sebaliknya hanya memberi bayangan dia akan bercuti selama setahun dan akan kembali pada tahun depan. Mahalini berkongsi perkara itu semasa berada di konsert pada Selasa. Penyanyi lagu Sial itu berharap peminat akan merinduinya selain meminta maaf sekiranya dia ada membuat sebarang kesalahan tanpa disedari. "Saya harap anda semua akan merindui saya dan marilah kita berpura-pura bahawa hari ini adalah hari paling anda ingati. "Jika saya ada salah dan silap, maafkan saya. Saya tak tahu jika kita akan bertemu lagi atau tidak pada tahun hadapan," katanya. Mahalini dan Rizky bernikah pada 5 Mei 2024. Sementara itu, peminat yakin Mahalini mengambil tempoh berehat kerana ingin memberi fokus kepada kehamilan anak sulungnya. Ramai berdoa agar urusan kehamilan penyanyi itu berjalan lancar dan dikurniakan bayi yang comel. "Perutnya kelihatan besar dari tepi, auranya juga berbeza. Ibu-ibu yang pernah hamil pasti perasan dan faham. ARTIKEL BERKAITAN: Masuk hospital disebabkan keletihan, netizen yakin Mahalini sedang hamil anak pertama ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup rukun ijab kabul, Rizky Febian dan Mahalini diminta nikah semula "Semoga ibu dan bayi sihat selalu," komen pengikutnya di Instagram. Pada awal November lalu, kecoh apabila Mahalini dilaporkan sedang hamil namun sehingga kini penyanyi itu tidak membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut. Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 di Jakarta, Indonesia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!