suria

Kandungan baru 33 minggu tapi dah ada kontraksi, Lesti Kejora mungkin bersalin pramatang

Lesti dedah alami kontraksi ketika kandungan usia 33 minggu.

PENYANYI dangdut Lesti Kejora meluahkan kebimbangan apabila mengalami kontraksi ketika usia kandungan 33 minggu.

Menurut Lesti atau Lestiani, 26, pada awalnya dia menganggap itu hanyalah kontraksi biasa, namun gejala berkenaan menjadi lebih teruk.

"Kalau kamu berada dalam live saya pada malam tahun baru, kamu akan perasan di mana saya tiba-tiba mengalami kontraksi dan terus naik ke atas.

Untitled design (4)

Suami Lesti, Rizky minta doa buat kesihatan isterinya.

"Pada waktu itu, saya fikir ia tidak akan terjadi lagi, tetapi sebaliknya. Saya diberitahu untuk pergi ke wad kecemasan," katanya.

Lesti berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast Leslar Entertainment pada Jumaat.

Dalam pada itu, Lesti dikhabarkan perlu menerima suntikan bagi membantu proses perkembangan paru-paru bayi dalam kandungannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal timang anak perempuan, Lesti Kejora gementar mahu bersalin secara pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora umum hamil anak kedua, Rizky Billar terkejut dapat hadiah ‘pregnancy test’

Sebelum ini, penyanyi itu memiliki sejarah melahirkan anak pertamanya secara pramatang susulan berlaku komplikasi dan dilakukan secara pembedahan pada usia kandungan 34 minggu.

Suami Lesti iaitu Rizky Billar bagaimanapun meminta peminat untuk menitipkan doa buat kesihatan dan keselamatan isterinya.

Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain