suria

Pelawak tak malu kerja sebagai pelayan restoran, niat cari rezeki halal untuk keluarga

Dede tak malu jadi pelayan restoran.

SELEPAS memilih untuk mencuba nasib dalam dunia politik, pelawak dan pelakon Indonesia iaitu Dede Sunandar mengakui tidak lagi menerima tawaran berlakon.

Gara-gara nasib kurang menyebelahi dalam dunia politik, Dede, 34, terpaksa mengambil keputusan menjadi seorang pelayan di sebuah restoran di Pantai Indai Kapuk, Jakarta Barat.

Dia terpaksa bekerja di restoran berkenaan kerana perlu meneruskan kelangsungan hidup menyara keluarga.

830 x 533 - 1

Dede rindu nak aktif semula dalam industri seni.

"Sebenarnya di televisyen bukan tiada ada, tapi belum dipanggil (ketawa) buat masa ini.

"Ya kalau itu keadaannya memang terpaksa la kan sebab tawaran di TV sudah tiada, duit simpanan memang ada tapi lama kelamaan juga bakal berkurang," kata Dede.

Sebelum ini tular di media sosial gambar lelaki miripnya yang sedang bekerja dan menimbulkan tanda tanya orang ramai adakah individu tersebut adalah dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak popular Indonesia tipu duit Nikita Willy, doa rakan diberi jalan keluar daripada kesusahan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak teruja bakal timang anak pada usia 67 tahun, syukur diberikan keturunan

Dalam pada itu, Dede memberitahu dia juga ditawarkan menjadi pengurus acara serta membantu sebagai pelayan dan barista.

Meskipun ramai pelanggannya mempersoalkan status pekerjaannya namun perkara itu tidak menjejaskan dirinya selagi pekerjaan dilakukan itu memberikan hasil halal.

"Secara normal gaji sebagai artis memang besar tapi hanya tiga atau enam bulan baru bekerja. Kalau ini kan bulanan, cukuplah buat anak dan isteri, sekolah, walau tidak mewah," ujarnya Dede.

Difahamkan pelawak itu memulakan tugasnya di restoran sebagai pelayan pada pertengahan November 2024 yang lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain