PENGGAMBARAN drama bersiri berjudul The First Night With the Duke terpaksa dihentikan kerana didakwa merosakkan Tapak Warisan Budaya Unesco. Ia susulan satu laporan polis dibuat terhadap syarikat produksi drama tersebut iaitu KBS2 yang menjalankan pengambaran di Akademi Konfusian Byeongsanseowon di Andong, Korea Selatan. Menurut laporan tersebut, seorang arkitek melawat tapak berkenaan dan terlihat beberapa kru produksi drama sedang memaku dinding bahagian luar bangunan sehingga meninggalkan lubang besar. Tindakan kru produksi memaku dinding meninggalkan kesan lubang. Tindakan itu bukan sahaja melanggar syarat termaktub dalam pemit malah dikhuatiri mengubah struktur asal tapak berkenaan. Tampil menjelaskan perkara sebenar, KBS2 memohon maaf atas apa yang berlaku dan berjanji untuk memulihara semula segala kerosakan. "Kami memohon maaf berhubung insiden ini. Untuk maklumat semua kami sudah mendapatkan permit untuk melakukan pengambaran. ARTIKEL BERKAITAN: Petisyen ‘cancel’ Kdrama Snowdrop raih 200,000 tandatangan sehari, penaja mula tarik diri gara-gara tuduhan putar belit sejarah ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan jadi kenyataan, bintang ‘Marry My Husband’ sah bergelar suami isteri "Bagaimanapun kami sedar keseriusan masalah ini, dan akan menjalankan pemeriksaan di lokasi, serta menyelaraskan prosedur pemulihan yang diperlukan," katanya. Untuk rekod, Akademi Konfusian Byeongsanseowon telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco sejak 2019. Drama The First Night With the Duke dibintangi anggota kumpulan Girls Generation iaitu Seohyun dan aktor Ok Taecyeon sebagai tunjang utama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!