SELEPAS kematian suami pada Julai tahun lalu, pelakon Jennifer Coppen memberitahu dia tidak berminat untuk berkahwin lagi. Menurut Wowkeren, Jennifer atau Jennifer Rochelle Coppen, 24, memilih untuk menikmati kebebasan hidup sebagai janda tanpa terikat dengan sesiapa. "Saya tidak mengatakan bahawa saya tidak akan berkahwin lagi dalam hidup saya. Sebab itu tiada siapa yang tahu. Perlakuan mesra Jennifer dan Aisar di Bali, Indonesia menarik perhatian peminat. "Tapi buat masa sekarang, saya tidak mahu kahwin dan berjanji temu. "Hargai saya yang masih bersedih sampai sekarang. Tolong, biar saya jadi janda hot. Terima kasih," katanya. Sebelum itu, netizen Indonesia menjodohkan aktres ini dengan personaliti media sosial iaitu Aisar Khaled yang dilihat semakin akrab sejak kebelakangan ini. Rata-rata peminat berpendapat bahawa Aisar memiliki persamaan dengan arwah suaminya iaitu Dali Wassink. ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju tanpa lengan, ramai persenda ketiak hitam Jennifer Coppen ARTIKEL BERKAITAN: Abu mayat suami dijadikan loket, Jennifer Coppen belum terima hakikat Dali Wassink sudah tiada Malah, mereka merestui sekiranya Jennifer dan Aisar menjalinkan hubungan serius kerana melihat keserasian bersama. Malah anak Jennifer dan ibu Dali juga seolah-olah menerima kehadiran Aisar. Untuk rekod, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2023, namun suaminya telah meninggal dunia pada 18 Julai 2024. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Kamari Sky Wassink yang kini berusia setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!