suria

Rizky Febian dan Mahalini akhirnya nikah semula

Mahalini dan Rizky kunci mulut berhubung pernikahan semula.

PASANGAN penyanyi Rizky Febian dan Mahalini dilaporkan sudah bernikah semula pada 27 Disember lalu.

Memetik laporan Tribunnews, pernikahan pasangan itu disahkan oleh Ketua Pejabat Agama Setia Budi, Jakarta Selatan iaitu Nasrullah.

Katanya, pasangan berkenaan mengikut saranan Mahkamah Agama Jakarta Selatan bagi memastikan ikatan perkahwinan mereka sah mengikut agama dan undang-undang syariah negara berkenaan.

Rikzy segera daftar perkahwinan selepas lakukan akad nikah kali kedua.

Rikzy segera daftar perkahwinan selepas lakukan akad nikah kali kedua.

Mereka juga segera mendaftarkan dan melengkapkan butiran perkahwinan sekali gus memiliki buku nikah seperti pasangan suami isteri lain.

"Perkahwinan mereka sudah diadakan dan ia sah dari segi agama serta undang-undang syariah negara.

"Mereka bernikah di Pejabat Agama Setia Budi dan terus didaftarkan di sini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini minta maaf kalau ada salah, bimbang tak jumpa lagi tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup rukun ijab kabul, Rizky Febian dan Mahalini diminta nikah semula

Pada November lalu, Pejabat Agama Jakarta Selatan, Indonesia menolak permohonan pengesahan pernikahan pasangan berkenaan.

Permohonan tersebut ditolak selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah yang ditetapkan dalam agama Islam.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain