PELAKON GO Kyung Pyo didakwa melakukan aksi tidak senonoh bersama seorang wanita di sebuah photobooth di Busan, Korea Selatan. Lebih mengejutkan, Kyung Pyo dikatakan tanpa segan silu merakam hampir 20 keping foto dengan aksi meloyakan bersama wanita terbabit. Tampil menyangkal tuduhan berkenaan, Kyung Pyo menegaskan dirinya masih waras dan tidak tergamak melakukan tindakan yang boleh mencalarkan namanya. Kyung Pyo tidak tergamak melakukan perkara yang memalukan. "Jangan risau, saya tidak segila itu. Mari kita lihat apa yang akan terjadi kepada orang gila," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory. Berserta kapsyen, pelakon itu turut memuat naik fotonya bersendirian dipercayai dirakam di photo booth berkenaan. Sementara itu, agensi Kyung Pyo iaitu CL&COMPANY menyifatkan fitnah berkenaan sebagai jenayah serius bertujuan untuk menjatuhkan pelakon itu. ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Go Kyung Pyo ubat rindu peminat ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar video AI papar aksi tak senonoh, Twice bakal ambil tindakan tegas Jelasnya, mereka enggan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang dengan segera. "Khabar angin tersebut merupakan satu tindakan jenayah serius yang merosakkan reputasi artis kami. "Kami memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap fitnah jahat dan penyebaran maklumat palsu," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!