suria

Armie Hammer buat ‘comeback’ selepas terpalit isu gangguan seksual, netizen bengang tak setuju kembali berlakon

Dedah berlakon semula, Armie dikritik netizen.

KEMUNCULAN semula pelakon Armie Hammer dalam dunia lakonan selepas didakwa terlibat dalam kes salah laku seksual mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Menurut Daily Mail, Hammer, 39, akan memegang watak utama dalam filem The Dark Night yang dijadualkan memulakan penggambaran di Croatia, Balkan pada 27 Januari depan.

Rata-rata netizen melontarkan reaksi sinis terhadap kemunculan semula Armie dalam dunia lakonan.

Untitled design (13)

Kes gangguan seksual Hammer masih segar dalam ingatan orang ramai.

Malah ada yang mempersoalkan keputusan produksi memilihnya sebagai pelakon utama meskipun kontroversi membabitkan aktor itu masih belum reda.

"Sangat mengejutkan. Siapa je akan pergi menonton filem dia berlakon?

"Harap-harap bukan kisah kanibal yang cuba menjadi baik semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Armie Hammer jawab tuduhan fetish kanibal, dedah pernah jadi mangsa seksual paderi

ARTIKEL BERKAITAN:

"Mesti filem ni beri dia peranan yang buatkan dia betul-betul menghayati watak," komen netizen.

Sebelum ini, pelakon filem Call Me by Your Name itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap beberapa wanita.

Dilaporkan bahawa Armie menghantar mesej berbaur lucah kepada beberapa individu.

Peguamnya bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa setiap hubungan yang dijalinkan adalah berdasarkan persetujuan bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain