SELEBRITI seksi Indonesia Dinar Candy dituduh biadab apabila menggunakan latar muzik berirama dangdut dalam sebuah video ketika di Makkah. Menerusi video tersebut, Candy, 32, sedang khusyuk berdoa di hadapan Kaabah dalam keadaan hujan namun lagu Eta Teranglah nyanyian Mila pula dilihat tidak sesuai. Pada bahagian kapsyen video tersebut, Candy memohon rezeki yang luas dan berkat daripada Allah SWT sambil meminta netizen mengaminkan doa tersebut. Candy berkongsi klip video tersebut menerusi satu hantaran di Instagram. "Ya Allah berikanlah rezeki yang banyak, netizen aminkan ya," tulisnya. Tindakan Dinar menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga maya yang merasakan pemilihan muzik tersebut tidak patut didengarkan dengan visual di tanah suci. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kononnya dah bercerai tapi Dinar Candy mengaku masih belum kahwin lagi ARTIKEL BERKAITAN: Dinar Candy berang dituduh sondol suami orang, kumpul bukti heret pemfitnah ke muka pengadilan Namun di sebalik kritikan, Dinar turut menerima komen positif yang mendoakan dia diberikan hidayah menutup aurat dengan sempurna selepas pulang dari Makkah. "Kenapa lagunya seperti ini, tidak sesuai. Mahu buat content atau beribadah? "Mudah-mudahan selepas pulang dari Tanah Suci, kamu dapat menutup aurat dan tidak lagi menayangkan badan," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!