PERSONALITI media sosial Indonesia dikenali sebagai Awkarin dituduh tidak solat selepas berkongsi cerita rengsa dengan bunyi alarm milik rakannya. Cerita Awkarin, dia mematikan alat penggera milik rakannya iaitu Dara Arafah yang berbunyi berulang kali sehingga mengganggu tidurnya. Awkarin atau Karin Novilda, 28, berkata, dia terganggu dengan bunyi alat penggera itu yang berbunyi sebanyak tiga kali namun Dara tetap tidak bangun menunaikan solat Subuh. Karin dituduh tidak solat susulan mematikan jam penggera Subuh. "Saya bangun pukul 4 pagi, alarm Dara berbunyi. Saya tahu itu penggera solat Subuh. Pada awalnya dia tersedar dan mematikan alat tersebut. "Saya tidur semula namun jam penggera dia berbunyi lagi 15 minit kemudian. Saya minta Dara matikannya. "Kali ketiga penggera berbunyi lagi dan akhirnya saya ambil telefon dia dan matikan alarm," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Insta Famous 3.5 juta pengikut dikritik promosi produk besar payudara, ketat vagina ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mandi 6 kali sebulan, netizen anggap Sherina Munaf pengotor - “Awak tak solat ke?” Dalam pada itu, ramai membuat telahan Awkarin tidak sembahyang walaupun alat penggera rakannya sudah berbunyi tiga kali. Bagaimanapun ada pula berpendapat Awkarin mematikan bunyi tersebut kerana tidurnya terganggu dan tetap bangun mengerjakan solat. "Dia matikan telefon kerana berasa terganggu bukan bermaksud dia tak solat. "Ada saja orang yang tetapkan penggera pukul 4 pagi tapi masih tak bangun-bangun," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!