suria

Sarung cincin di jari manis, Zendaya beri bayangan kini bergelar tunang Tom Holland 

Cincin disarungkan di jari manis Zendaya mencuri perhatian ramai.

KEMUNCULAN pelakon Zendaya di Anugerah Golden Globes 2025 yang berlangsung pada Isnin (waktu Malaysia) menarik perhatian ramai.

Bukan disebabkan busana berwarna jingga digayakan namun pelakon berumur 28 tahun itu hadir menyarung sebentuk cincin di jari manis tangan kirinya.

Tanpa berselindung, Zendaya seolah-olah memberi bayangan hubungannya dengan aktor Tom Holland semakin serius dan mereka kini sudah mengikat tali pertunangan.

Zendaya depan

Tom dan Zendaya sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Menguatkan khabar berita itu apabila Zendaya juga mencacah tatu dengan tulisan berbentuk 'T' pada bahagian bawah ketiak iaitu nama Tom.

Sebelum ini ramai yang mula membuat andaian pasanan ini bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas Tom mengumumkan mahu berhenti berlakon jika sudah berkeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan berjauhan, Tom Holland kini tinggal sebumbung dengan Zendaya

ARTIKEL BERKAITAN: Zendaya ‘unfollow’ teman lelaki di IG, Tom Holland pula kata masih bersama

Untuk rekod mereka mula bercinta sejak 2023 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Spider-Man: Homecoming.

Sementara itu Zendaya hadir pada acara berkenaan kerana tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita terbaik (Muzikal atau Komedi) melalui filem Challengers.

Dia bagaimanapun tewas kepada aktres Demi Moore yang menang menerusi lakonan dalam filem The Substance.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain