ANGGOTA kumpulan Riize iaitu Sungchan sering menjadi bualan peminat terutama rupa parasnya yang kacak. Bagaimanapun sikap pengotor Sungchan berjaya dirakam netizen sekali gus membuatkan ramai mula mengkritiknya. Mana tidaknya, gelagat Sungchan sedang asyik mengorek lubang hidungnya menjadi bualan ramai. Antara gelagat Sungchan yang menjijikan berjaya dirakam peminat. Lebih meloyakan lagi apabila Sungchan turut mengentel tahi hidung tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tidak hanya itu, dia juga suka mengosok matanya sebelum mengelap tangannya pada sebatang pen. Perbuatan tersebut menjadi tular di forum Nate Pann sehingga memperoleh lebih 85,000 tontonan dan ratusan komen. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun berehat gara-gara kontroversi cium wanita, Seunghan akhirnya kembali kepada Riize ARTIKEL BERKAITAN: Peminat protes Seunghan kembali, hantar bunga kematian desak keluar Riize Rata-rata peminat terkejut dengan tabiat berkenaan dan menganggap ia tidak sesuai dilakukan oleh seseorang dikenali ramai. "Saya suka segala-galanya tentang Seunghan tapi harap dia tak tunjuk sisi yang lain. "Dia menjijikkan, tak patut korek lubang hidungnya di hadapan orang ramai," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!