suria

Kongsi foto cium leher isteri, cara Justin Bieber sangkal dakwaan rumah tangga bergolak

Hubungan Justin dan Hailey bermasalah hanyalah sekadar khabar angin.

PERKONGSIAN foto mesra penyanyi Justin Bieber bersama isterinya Hailey Bieber menyangkal khabar angin kononya pasangan ini sedang berdepan masalah rumah tangga.

Justin, 31, dilihat mencium leher Hailey sementara isterinya itu tersenyum ketika berswafoto sebagai memberitahu mereka sedang bahagia.

NP (88)

Justin dan Hailey sangkal dakwaan hubungan rumah tangga sedang goyah.

"Gambar pertama untuk tahun 2025, lega Justin dan Hailey tiada masalah rumah tangga.

"Tuhan menjodohkan kamu berdua dan tiada siapa mampu memisahkan anda.

"Akhirnya dakwaan bercerai itu palsu dan berakhir dengan gambar dikongsikan Justin ini," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai pengorbanan isteri sedang hamil... Justin Bieber ‘upgrade’ cincin tunang Hailey, mewah siap tambah berlian

ARTIKEL BERKAITAN: Justin dan Hailey timang cahaya mata lelaki, pilih nama Jack Blues Bieber

Ini bukan kali pertama Justin dan Hailey berdepan khabar angin mengenai masalah hubungan rumah tangga sejak mereka bergelar suami isteri.

Untuk rekod, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.

Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada Ogos 2024 yang diberi nama Jack Blues.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain