UMUM mengetahui hubungan vokalis Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani bersama bekas isteri, Maia Estianty tidak baik sejak mereka bercerai. Bagaimanapun, Dhani meluahkan hasrat mahu melihast Maia dan bekas isterinya Mulan Jameela menemani anaknya di atas pelamin jika mereka berkahwin kelak. "Sudah tentu bertiga, sebelah kanan Maia dan sebelah kiri Mami Mulan," katanya. Teruja dengan perkara itu, Dhani juga memberitahu majlis perkahwinan anak lelakinya iaitu Al Ghazali bersama Alyssa Daguise akan berlangsung selama dua hari. Dhani dan Mulan bersama Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani. Malah acara yang bakal bertemakan adat jawa itu juga akan disiarkan di salah satu stesen televisyen swasta. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai acara berkenaan bagi menghormati privasi Al Ghazali. "Tarikh masih lagi rahsia, awalnya anak saya mahu jemput 300 orang tetamu saja tapi saya mahukan 500 tetamu. "Mana tidaknya saya perlu menjemput menteri, rakan artis dan saudara mara," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty tak mungkin berbaik dengan Ahmad Dhani, pesan anak-anak ingat ibu tiri dalam doa ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty dah sedia terima menantu, puji kekasih El Rumi tak sombong nampak pemalu orangnya Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008 berpunca daripada orang ketiganya iaitu Mulan Jameela. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani. Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan Mussry pada 29 Oktober 2018 di di Masjid Camii Tokyo, Jepun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!