suria

Kriss Hatta belanja besar buat implan rambut, takut kerjaya jatuh kalau kepala botak

Kriss menjaga penampilan demi kerjaya.

BIMBANG kerjaya seni akan merudum, pelakon asal Indonesia iaitu Kriss Hatta sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mengubah penampilan.

Menurut Kriss, 37, dia menghabiskan hampir RM11,000 bagi melakukan implan rambut susulan masalah botak yang dialami.

"Rambut ini mempunyai pengaruh besar. Kalau rambut bagus, orang yang biasa pun boleh tampil menarik dan begitu juga sebaliknya.

kriss hatta 2

Selain berlakon Kriss juga aktif sebagai DJ.

"Saya tidak mahu kerjaya terhenti hanya kerana kepala botak," ujarnya.

Kriss menjalani prosedur awal rawatan berkenaan di sebuah klinik implan rambut di Jakarta, Indonesia.

Tambahnya, dia perlu menjaga penampilan diri untuk memikat hati wanita memandangkan masih belum memiliki pasangan meskipun usia semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak tak malu kerja sebagai pelayan restoran, niat cari rezeki halal untuk keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun Raffi Ahmad dan Nagita jaga, rezeki anak angkat dapat banyak ‘job’ iklan

Namun dalam masa sama Kriss akui bukan mudah untuk mencari teman hidup disebabkan jadual kerja yang padat.

"Saya juga belum bernikah, jadi semoga selepas ini akan bertemu jodoh.

"Namun belum ada perancangan untuk berkahwin tahun ini. Usia semakin meningkat, kawan-kawan juga semakin sedikit, termasuk dalam kalangan wanita," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain