suria

‘The Brutalist’ Filem Terbaik, Demi Moore dan Zoe Saldana bawa pulang trofi pertama Golden Globe ke-82

The Brutalist ungguli kategori Filem Terbaik (Drama) untuk Anugerah Golden Globe ke-82.

FILEM The Brutalist muncul sebagai Filem Terbaik (Drama) Anugerah Golden Globe ke-82 yang berlangsung di Beverly Hills, California pada pagi Isnin (waktu Malaysia).

Karya arahan Brady Corbet tersebut berjaya menewaskan lima calon filem lain iaitu A Complete Unknown, Conclave, Dune: Part Two, Nickel Boys dan September 5.

Tidak hanya itu, The Brutalist turut membawa pulang dua trofi lain iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

NP (60)

Brady dan Adrien terima trofi Pengarah dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Adrien Brody yang membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Drama) berterima kasih kepada Brady kerana memilihnya menjadi sebahagian daripada produksi karya berkenaan.

"Saya sangat bersyukur. Saya akan menghargai detik ini selama-lamanya.

"Terima kasih buat Brady kerana membenarkan saya menjadi sebahagian kecil dalam membina kejayaan dan monumen kemanusiaan dalam bidang seni ini.

"Kepada pelakon dan kesemua krew yang terlibat, ini adalah usaha kolaboratif, dan kemenangan ini saya berkongsi dengan anda semua," katanya di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Oppenheimer’ Filem Terbaik Anugerah Golden Globe ke-81

ARTIKEL BERKAITAN: Terbaik! Michelle Yeoh pelakon Malaysia pertama menang di Anugerah Golden Globe

Brody menewaskan Timothée Chalamet menerusi filem A Complete Unknown, Daniel Craig (Queer), Colman Domingo (Sing Sing), Ralph Fiennes (Conclave) dan Sebastian Stan (The Apprentice).

Selain The Brutalist, filem Emilia Pérez turut mencuri perhatian apabila membawa pulang empat trofi bagi kategori Filem Terbaik (Muzikal atau Komedi), Filem Terbaik (Bukan Bahasa Inggeris), Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.

Sementara itu, Zoe Saldana yang dibobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik dilihat menangis kegembiraan apabila memenangi Anugerah Golden Globe pertamanya.

NP (64)

Zoe dan Demi menerima anugerah pertama mereka di Golden Globe.

Zoe menewaskan Selena Gomez (Emilia Pérez), Ariana Grande (Wicked), Felicity Jones (The Brutalist), Margaret Qualley (The Substance), dan Isabella Rossellini (Conclave).

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem (Drama), aktres Fernanda Torres terkejut selepas namanya diangkat sebagai pemenang selepas lakonan yang cemerlang menerusi I’m Still Here.

Manakala Demi Moore turut membawa pulang trofi Golden Globe pertamanya menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem (Muzikal atau Komedi) menerusi The Substance.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain