suria

Buat live ketika mabuk, Luhan EXO minta maaf selepas akaun kena sekat

Akaun media sosial Luhan disekat selepas bertindak tidak wajar.

KEMUNCULAN bekas anggota EXO Luhan menerusi siaran langsung di Weibo mencetuskan kontroversi apabila dia dipercayai dalam keadaan mabuk.

Apa lebih membuatkan peminat kecewa, menerusi siaran langsung itu Luhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap peminat.

Tidak hanya itu, penyanyi berusia 35 tahun itu tergamak menunjukkan jari tengah sebagai isyarat lucah sebanyak beberapa kali sepanjang siaran langsung tersebut.

Untitled design (4)

Luhan menunjukkan jari tengahnya kepada peminat.

Akibat tindakan biadabnya itu, akaun media sosial Luhan disekat dan tidak dapat diakses oleh penyanyi asal China itu.

Sedar akan kesilapan dilakukan, Luhan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat di akaun Weibo Luhan Studio.

Luhan berjanji akan menebus kesilapan dan menjaga tingkah laku sebagai seorang selebriti selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bercinta, Luhan EXO akhirnya bergelar suami aktres China

ARTIKEL BERKAITAN: Luhan EXO Perkenal Kekasih Di Laman Sosial

"Saya sudah menunjukkan contoh tidak baik kepada peminat. Saya mohon maaf dengan seikhlas hati.

"Saya akan bekerja keras demi menghapuskan presepsi dan kesan negatif disebabkan tindakan dangkal tanpa berfikir panjang,' ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain