suria

Pelakon Dalyce Curry ditemukan mati dalam rumah terbakar di Los Angeles

Dalyce meninggal dunia pada usia 95 tahun.

PELAKON veteran Dalyce Curry dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 tahun akibat kebakaran yang melanda Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Daily Mail melaporkan kebakaran yang dikenali sebagai Eaton Fire ini telah memusnahkan rumahnya di Altadena dan mayat Curry ditemukan oleh pasukan penyelamat pada Ahad lalu.

Curry atau lebih dikenali sebagai 'Momma D' bukan sahaja terkenal melalui filem The Blues Brothers tetapi juga melalui peranannya dalam The Ten Commandments dan Lady Sings the Blues.

Untitled design (12)

Mayat Curry ditemui di rumahnya yang hangus terbakar di Altadena, California.

Mendiang merupakan salah seorang pelopor dalam komuniti Old Black Hollywood pada era 1950-an yang membawa pengaruh besar kepada dunia seni.

Walaupun usianya telah lanjut, mendiang masih dikenang sebagai individu yang penuh bertenaga dan terus aktif sebagai pelakon latar sehingga beberapa dekad terakhir hidupnya.

Kebakaran Eaton Fire yang bermula pada 6 Januari lalu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 24 kematian dan memaksa hampir 200,000 penduduk untuk berpindah dari kawasan terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah selebriti Hollywood turut hangus kebakaran di California, Adele dan Kim Kardashian mula berpindah

ARTIKEL BERKAITAN: Kediaman jiran hangus dijilat api, banglo mewah Tom Hanks masih tersergam indah

Dianggarkan lebih 30,000 ekar kawasan telah musnah dan banyak kediaman mewah di kawasan seperti Malibu dan Beverly Hills turut menjadi abu.

Keluarga dan rakan-rakan Curry menggambarkan mendiang sebagai seorang yang penyang, sentiasa menjadi inspirasi kepada mereka yang mengenalinya.

Pemergian Curry adalah satu kehilangan besar kepada industri seni dan kepada mereka yang menghargai sumbangannya dalam seni lakonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain