KEDIAMAN pelakon Ben Affleck telah dikunjungi pihak polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bagi membantu siasatan berhubung kebakaran di kawasan Pacific Palisades, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
Menurut laporan Page Six, FBI dan polis melakukan siasatan berhubung aktiviti menerbangkan dron secara haram di kawasan kebakaran di Pantai Pacific Palisades.
Ben Affleck dituduh terbang dron secara haram.
"Anggota pasukan tugas khas FBI sedang melakukan siasatan kegiatan di kawasan kebakaran Palisades kerana berkait dengan aktiviti menerbangkan dron secara tidak tidak sah," kata media tempatan.
Menurut sumber, pelakon Batman itu memiliki salah satu koleksi dron jenis Super Scooper dan kehadiran pihak berkuasa bagi memeriksa rakaman litar tertutup dirumahnya bagi mengesahkan tiada penerbangan dibuat sewaktu kejadian kebakaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih kurang senang dengan bekas suami Jennifer Garner, anggap Ben Affleck orang ketiga
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu bercinta lagi, Ben Affleck sedang biasakan diri hidup bujang
Difahamkan drone peribadi miliknya itu mempunyai keupayaan mengganggu frekuensi pesawat pemadam kebakaran.
Sehingga kini Ben masih lagi tidak memberikan kenyataan berhubung laporan berkenaan
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!