SELEPAS empat tahun berehat dari dunia muzik, penyanyi Justin Bieber dilaporkan mula mengalami masalah kewangan.
Kewangan Justin menjadi tidak stabil berpunca daripada sikap boros isterinya iaitu Hailey Bieber yang mengawal dan berbelanja wang miliknya tanpa batasan.
Malah Hailey didakwa turut menggunakan wang milik Justin bagi membayar kos menyewa pesawat peribadi yang dianggarkan puluhan juta dolar setiap kali ingin bercuti.
Bieber berimpian melaksanakan konsert jelajah selepas empat tahun menyepi.
“Hailey seorang yang boros malah pernah membelanjakan puluhan juta terbang ke seluruh dunia menggunakan jet peribadi.
“Justin pula semakin terasing daripada rakan-rakan dan keluarganya. Hailey sudah mengawal dia sepenuhnya,” kata sumber pasangan tersebut.
Bagi memastikan status kewangannya kembali stabil, Justin, 31, dilaporkan sudah kembali ke studio bersama penerbit terkenal Mk.gee bagi menentukan arah baharu kariernya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto cium leher isteri, cara Justin Bieber sangkal dakwaan rumah tangga bergolak
ARTIKEL BERKAITAN: Belanja besar setiap bulan, Justin Bieber didakwa tak bayar cukai
Penyanyi lagu ‘Despacito’ itu sedang mengumpul lagu baharu selain merancang mengadakan konsert jelajah dunia dalam beberapa tahun akan datang.
Pada 2021, Justin mendedahkan dia menderita sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan bahagian kanan wajahnya lumpuh sementara.
Susulan itu, Justin turut membatalkan konsert jelajah dunianya iaitu ‘Justice’ pada 2022 dan 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!