suria

Mahu ‘beli hati’ bapa mentua, penyanyi Gilga Sahid hadiahkan sebuah traktor

Isteri dedah Gilga menghadiahkan bapa mertua sebuah traktor.

PERKONGSIAN penyanyi Gilga Sahid mengenai pemberian hadiah sebuah traktor kepada bapa mertuanya menarik perhatian ramai.

Menurut isteri kepada Gilga iaitu Happy Asmara, bapanya pernah memasang impian untuk memiliki sebuah traktor, namun perkara itu dianggap mustahil kerana harganya yang terlalu tinggi.

Gilga bagaimanapun berusaha merealisasikan impian bapanya sebagai usaha untuk menambat hati bapa mertuanya itu.

Untitled design (14)

Gilga pernah mengeluarkan wang untuk mengubah suai rumah mertuanya.

"Ayah saya ada sawah, dia mahu traktor. Saya fikir mustahil untuk dia membeli traktor dengan harga 300 juta rupiah (RM83,000).

"Selepas saya memberitahu dia (Gilga) mengenai keinginan ayah saya, dia mahu membeli traktor tersebut untuk mengambil hati ayah saya," katanya.

Asmara berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast bersama Maia Estianty pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, tindakan mulia Gilga mendapat pujian netizen yang memuji keikhlasannya terhadap keluarga isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang penganjur hentikan persembahan, Gilga Sahid mengamuk hempas mikrofon di atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Happy Asmara pernah jadi mangsa gangguan seksual, lelaki miang janji beli kereta kalau ikut kemahuannya

"300 juta rupiah? Mas kahwin 1 bilion rupiah, elaun harian 100 juta rupiah. Menyala Gilga!

"Gilga benar-benar ikhlas dengan Asmara dan seorang yang rajin. Buktinya, dia turut mampu mengubah suai rumah ibu bapa isterinya," komen netizen.

Untuk rekod, Gilga dan Asmara mendirikan rumah tangga pada 22 Jun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain