PELAKON Indonesia Endy Arfian meluahkan rasa kesal kerana tidak berpeluang merasai pengalaman bersekolah secara formal sepanjang hidupnya.
Menurut Andy, 23, ketiadaan peluang untuk bersekolah telah menghalangnya daripada melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan dan bersosial dengan orang lain.
"Saya homeschooling sejak kecil. Jadi, tidak ada ekstra kurikulum seperti di sekolah kebangsaan atau swasta.
Endy akui tidak pandai bermain bola sepak dan bola keranjang.
"Ia juga menyebabkan saya tidak tahu bermain bola sepak dan bola keranjang.
"Saya tidak pernah merasakan persekitaran sekolah. Jadi, saya hanya boleh bergaul dengan rakan-rakan dari industri sahaja," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Pengabdi Setan itu turut memberitahu bahawa dia tidak memiliki kenangan zaman persekolahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Brother Of The Year, Pengabdi Setan antara filem terbaik yang boleh ditonton di dimsum entertainment
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pengabdi Setan’ Karya Seram Genius Joko Anwar
Pun begitu, Endy tetap menunjukkan sikap positif dan terus mencipta kejayaan sebagai salah seorang pelakon muda yang disegani dalam industri seni.
"Saya minta maaf kerana saya sebenarnya tidak menghabiskan masa di sekolah menengah. Saya tiada kenangan di sekolah.
"Tapi, saya bersyukur kerana pada masa ini saya boleh jadi produktif. Dapat menghiburkan ramai orang," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!