suria

V BTS capai berat badan idaman, bangga tayang lengan berotot

V BTS makin kacak selepas berisi.

PERUBAHAN fizikal anggota kumpulan BTS iaitu V menjadi bualan hangat peminat yang teruja melihat penampilan terbaharunya.

Menerusi beberapa foto yang tersebar di media sosial, V dilihat berkongsi tubuh badannya yang berotot malah berat badannya juga sudah bertambah.

Malah dia juga dengan bangga menunjukkan otot-otot di bahagian lengannya.

v 1

Perkongsian foto V raih perhatian ramai.

Memetik laporan Weverse, V memaklumkan dirinya sudah berjaya mencapai berat badan ideal yang selama ini dia inginkan.

"Saya berjaya dan sekarang saya cuba untuk mengekalkannya," kongsinya.

Perkara itu dikongsikan V selepas mendapat pertanyaan daripada peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: V BTS nampak makin sado sejak masuk kem tentera, peminat kagum puji lebih kacak

ARTIKEL BERKAITAN: Cekap di dapur, Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera

Sebelum ini, V pernah berkongsi matlamatnya untuk mencapai berat 86 kilogram sebelum menyertai kem latihan tentera.

Untuk rekod, V mula melapor diri di kem latihan tentera pada 11 Disember 2023 dan dijangka tamat latihan pada 10 Jun 2025.

Kumpulan K-Pop sensasi itu, dijangka akan membuat kemunculan semula selepas Jun 2025, selepas ahli muda mereka iaitu Jungkook dan Jimin tamat latihan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain