suria

Penceraian Ahmad Dhani dan Maia Estianty beri kesan kepada anak, Al Ghazali jadi pendiam tak suka bercakap

Rakan rapat dedah Ghazali berdepan masalah komunikasi.

PENCERAIAN pasangan penyanyi Maia Estianty dan komposer Ahmad Dhani telah meninggalkan kesan yang mendalam di hati anak sulung mereka iaitu Al Ghazali.

Akibat perpisahan itu, Ghazali, 25, mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan suka memencilkan diri.

"Dia (Ghazali) sukar untuk bercakap kerana menjadi mangsa broken home. Komunikasi dalam keluarga tidak bagus.

Untitled design (3)

Ghazali masih memiliki hubungan baik dengan ibu bapanya.

"Jika saya berbual dengan dia secara mendalam. Saya perlu mendesak dia, barulah dia mahu bercakap," kata sumber yang juga merupakan teman rapat keluarga ini.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut memberitahu Ghazali bukanlah seorang yang pemalu tetapi lebih suka untuk tidak bergaul dengan orang yang tidak dikenali.

"Dia bukan pemalu, tetapi tidak terbuka untuk bercakap dengan orang luar," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja bakal terima menantu, Ahmad Dhani mahu Mulan dan bekas isteri bersama anak di pelamin

ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali tiada masalah 2 adik lelaki kahwin dulu, tak percaya mitos ‘langkah bendul’

Untuk rekod, Maia dan Dhani mendirikan rumah tangga pada 1996, namun berpisah selepas 12 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ghazali, 25, Ahmad El Jalalluddin Rumi, 23 dan Dul Jaelani, 22.

Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan Musry dan Ahmad Dhani pula bersama dengan Mulan Jameela.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain