WATAK Thanos yang dibawakan oleh penyanyi T.O.P dalam drama Squid Game 2 benar-benar meninggalkan kesan dalam kalangan penonton meskipun ada segelintir yang mengecam kemunculannya semula dalam industri.
Bukan sekadar mengikut kehendak pengarah, malah T.O.P atau Choi Seng Hyun, 38, sendiri mencipta karakter Thanos supaya ia nampak berbeza dalam membawa watak antagonis untuk drama tersebut.
Ini membuktikan dia tidak ambil mudah dengan tugasan tersebut sekaligus mahu memikat hati peminat selepas sekian lama menyepi daripada dunia seni.
Watak Thanos buktikan kredibiliti T.O.P.
"Saya mencipta watak yang unik dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Saya menggunakan gerak badan seperti orang lama untuk membuatkan penonton merasa tidak selesa sekali gus tidak pasti ia suatu yang menjengkelkan atau manja.
"Dalam drama ini Thanos bercakap seperti orang lama. Ia menggambarkan Thanos sebagai seorang rapper yang masih terperangkanp dengan masa silamnya," katanya dalam satu temu bual.
Tambahnya setiap gerakan atau perubahan skrip adalah atas persetujuan bersama pengarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah puji tapi penonton benci T.O.P. dalam Squid Games 2
ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun hidup dalam buangan, T.O.P anggap memalukan kembali bersama Big Bang
Kenyataan ini juga seolah-olah menggambarkan dirinya yang sebenar ketika dia melalui zaman gemilang bersama kumpulan Big Bang sebelum ini.
"Dia (Thanos) adalah seorang yang rapper yang berjaya sekitar tahun 2000 sebelum kerjayanya musnah," katanya dalam temu bual.
Nama dan kerjaya T.O.P mula merudum sekitar tahun 2017 selepas dia dikenakan hukuman penjaran akibat penyalahgunaan dadah.
Malah penyanyi itu juga sebelum ini pernah mengumumkan mahu mengundur diri dari dunia seni susulan kontroversi yang berlaku.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!