PERNAH meluahkan hasrat mahu mempunyai suara merdu seperti penyanyi Agnez Monica, personaliti media sosial Lucinta Luna disyaki baru selesai menjalani pembedahan menukar pita suara.
Dilihat dengan leher berbalut, Lucinta mencuri tumpuan netizen selepas tampil membuat sesi siaran langsung di TikTok dengan suara yang lebih feminin.
Lucinta ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Malah rata-rata netizen berpendapat suara baharunya itu sangat berbeza daripada sebelum ini.
Ada juga netizen mengatakan suara baru Lucinta serak dan basah seperti anak pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani atau Lolly.
Bagaimanapun, Lucinta enggan mendedahkan perkara sebenar di sebalik perubahan suaranya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Idam suara merdu seperti Agnez Monica, Lucinta Luna buat pembedahan lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna janji tunai umrah sebagai lelaki, tak tergamak persenda agama
Lucinta hanya terus bersuara manja dan lembut melayani komen-komen netizen ketika menonton siaran langsung yang dibuat.
Untuk rekod, Lucinta sudah beberapa kali menjalani pembedahan pita suara untuk memiliki suara seperti seorang perempuan namun gagal.
Antaranya Lucinta pernah membuat prosedur berkenaan di Korea Selatan dan Thailand.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!