LAYANAN mesra terhadap penyanyi Aaliyah Massaid menerima pelbagai reaksi apabila ibu bapa mentuanya didakwa berlaku tidak adil.
Suara melaporkan ibu bapa pempengaruh Thariq Halilintar dilihat begitu teruja ketika menghadiri majlis kesyukuran Aaliyah hamil anak sulung.
Ibu mentuanya iaitu Geni Faruk mencuri perhatian ramai apabila dia mengusap perut menantunya sambil mendoakan kesejahteraan menantu dan bayi sedang dikandungkan.
Aaliyah dan Thariq bakal menyambut kelahiran anak pertama.
"Aku berlindung dengan kekuasaan Allah, moga diberikan kesihatan," katanya.
Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada mendakwa Geni bersikap pilih kasih terhadap menantunya yang lain.
Ada mendakwa Geni tidak pernah membuat sebarang hantaran mendoakan isteri Atta Halilintar iaitu Aurel Hermansyah saat dia hamil sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Aaliyah Massaid dikecam belum tutup aurat, netizen ungkit kriteria jadi menantu Geni Faruk
ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat akaun media sosial fitnah Aaliyah Massaid hamil luar nikah
Malah Geni didakwa tidak menunjukkan layanan baik terhadap Aurel seolah-olah tidak senang dengan kehadirannya.
"Kalau Aurel tidak dilayan seperti ini. Mereka bersikap tidak adil terhadap menantu sendiri. Kenapa perlu bersikap pilih kasih?," komen netizen.
Untuk rekod, Aaliyah dan Thariq mendirikan rumah tangga pada 26 Julai 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!