suria

Raffi Ahmad isytihar harta, miliki kekayaan bernilai RM282 juta

Raffi mempunyai nilai aset lebih RM200 juta.

PELAKON Raffi Ahmad dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak 1.03 trilion Rupiah atau RM282 juta.

Perkara itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia selepas Raffi atau Raffi Farid Ahmad, 38, mengisytiharkan hartanya.

KPK melaporkan sumber kekayaan Raffi adalah daripada 45 bidang tanah serta memiliki bangunan di seluruh Indonesia yang dianggarkan bernilai 737 bilion Rupiah atau RM200 juta.

NP - 2025-01-31T164617.184

Raffi miliki 45 tanah di Indonesia.

Aset-aset tersebut berada di beberapa kawasan seperti Jakarta, Depok, Tangerang, Bali, Bandung dan Makassar.

Malah aktor itu turut memiliki 23 buah kereta dan motosikal mewah yang dianggarkan bernilai 55 bilion Rupiah atau RM15 juta.

Antara koleksi kereta pelakon berkenaan adalah Rolls Royce Phantom, Ferrari F8 Spider, Dodge SRT Hellcat, Lamborghini Aventador LP 700, Morgan Plus Six, Porsche Bettle 1303 dan 17 kenderaan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad terima ijazah doktor kehormat di Thailand, netizen siasat lokasi universiti tidak wujud

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun Raffi Ahmad dan Nagita jaga, rezeki anak angkat dapat banyak ‘job’ iklan

Selain itu, Raffi memiliki aset alih lain sebanyak 46.7 bilion Rupiah (RM13 juta), sekuriti 308 bilion Rupiah (RM84 juta), tunai dan setara tunai 5.3 bilion Rupiah (RM1.4 juta).

Hampir kesemua aset berkenaan diperoleh Raffi sebelum menyertai dunia politik.

Bagaimanapun Raffi juga mempunyai hutang yang belum dilangsaikan sebanyak 136 bilion Rupiah atau RM37 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain