TINDAKAN penyanyi Justin Bieber keluar bersama isteri iaitu Hailey Bieber di New York nampaknya gagal menghentikan spekulasi rumah tangga mereka bermasalah.
Mana tidaknya, pasangan itu dilihat tidak berjalan seiringan selain menunjukkan raut wajah yang tidak bahagia.
Menerusi rakaman video yang tersebar, Hailey dilihat berjalan terlebih dahulu diikuti oleh Justin yang membawa anak mereka.
Imej terbaharu Justin.
Reaksi Justin dan Hailey membuatkan ramai percaya hubungan mereka dalam keadaan tidak baik dan keluar bersama hanya untuk menutup mulut netizen yang berteka-teki tentang perkahwinan mereka.
Apatah lagi sehari sebelum itu tular foto Justin, 31, yang kelihatan tidak terurus selain wajahnya cengkung dan berkepala botak.
Peminat turut meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan mental Justin sehingga ada tidak percaya itu adalah bintang kesayangan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Justin dan Hailey timang cahaya mata lelaki, pilih nama Jack Blues Bieber
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri boros berbelanja, Justin Bieber didakwa berdepan masalah kewangan
“Saya hampir tidak kenal apabila melihat fotonya. Justin nampak cengkung dan tertekan.
“Mungkin benar dia sedang memendam pelbagai masalah termasuk hal rumah tangga dengan Hailey,” komen netizen.
Untuk rekod, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 dan menimang cahaya mata pertama pada Ogos tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!