LEBIH sembilan tahun menjalani hubungan jarak jauh, suami pelakon Tasya Kamila akhirnya berkorban melepaskan kariernya di Amerika Syarikat.
Tasya, 33, memberitahu suaminya iaitu Randi Bachtiar membuatkan keputusan itu selepas merasakan sudah terlalu lama dia berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Indonesia.
Lebih menyedihkan apabila anaknya sendiri tidak mengenali bapa mereka apabila Randi pulang bertemu keluarganya.
Randi tidak mahu lepas peluang melihat anak membesar di depan mata.
"Anak kedua saya seperti tidak kenal bapa sendiri. Ketika suami mahu dukung, dia menangis. Perkara itu membuatkan suami saya berfikir panjang.
"Dia tidak mahu hubungan jarak jauh. Dia berkorban berhenti kerja dan mencari kerja di Jakarta," katanya.
Walaupun menerima pendapatan lumayan di Amerika namun itu bukan lagi keutamaan buat Randi.
Sebaliknya, dia tidak mahu lagi terlepas detik-detik berharga melihat anak membesar di depan mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kekayaan hampir RM300 juta, atap rumah Raffi Ahmad bocor
ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy tak pernah kentut depan suami, sanggup lari ke bilik air
"Gaji di sana memang banyak tapi dia tidak menikmati sepenuhnya. Kebahagiaan adalah keluarga. Sudah terlalu banyak yang dia terlepas.
"12 tahun sejak kami kenal, sembilan tahun kami tinggal berjauhan," jelasnya.
Tasya dan Randi mendirikan rumah tangga pada 2018 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!