WAJAH bengkak Go Eun Ah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat yang menyangka pelakon itu dikasari seseorang.
Bagaimanapun, Eun Ah, 37, menyangkal tanggapan tersebut sebaliknya menjelaskan wajahnya cedera selepas dia tergelincir di atas permukaan ais.
“Perlu ke saya beritahu orang ramai saya telah ditumbuk?
Eun Ah tidak boleh bekerja selagi kecederaannya belum pulih.
“Tidak, saya hanya tergelincir di atas ais dan jatuh ke depan," katanya.
Dalam pada itu, Eun Ah memberitahu selain wajahnya bengkak, gigi bahagian depannya juga rosak akibat terjatuh.
Malah kecederaan itu turut memaksanya untuk berehat seketika daripada meneruskan aktiviti seni buat sementara waktu.
ARTIKEL BERKAITAN: Go Eun Ah Jawab Kontroversi Jalani Pembedahan Plastik
ARTIKEL BERKAITAN: Posting kena pukul dengan isteri jadi bualan, Jin Hua minta maaf burukkan nama Ham So Won
"Apa yang perlu saya lakukan dengan gigi depan saya? Saya mencari rezeki dengan wajah saya, jadi ini merupakan satu cabaran besar buat saya.
"Saya tidak dapat melakukan sesi siaran langsung untuk seketika," katanya.
Eun Ah berharap agar orang ramai tidak membuat andaian yang tidak berasas dan dapat segera pulih untuk kembali meneruskan kariernya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!