suria

Gara-gara pakai cincin di jari telunjuk, peminat dakwa IU dan Lee Jong Suk sudah berpisah

Lee Jong Suk (kiri) dan IU masih lagi mengunci mulut berhubung perkara itu.

DUA tahun menyulam cinta, pelakon Lee Jong Suk dan IU dikhabarkan sudah tidak lagi bersama.

Memetik laporan Weibo, seorang peminat membuat sepkulasi pasangan berkenaan sudah membawa haluan masing-masing.

Ia ekoran IU dilihat memakai cincin di jari telunjuk yang bertentangan dengan budaya Korea Selatan sebagai wanita sudah mempunyai pasangan.

iu 1

Beberapa bukti yang dikongsikan peminat di Weibo.

Dalam budaya Korea Selatan, memakai cincin di jari telunjuk membawa makna seseorang itu bujang.

"Nampaknya IU dan Lee Jong Suk sudah putus! IU pakai cincin di jari telunjuk yang bermaksud orang itu bujang di Korea," katanya.

Tidak hanya itu, beberapa netizen lain turut berkongsi bukti menyatakan pasangan berkenaan sudah berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU

Namun sehingga kini, pihak Jong Suk dan IU masih lagi mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut.

Untuk rekod pasangan berkenaan mula menjalinkan cinta sejak Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain