TINDAKAN berpelukan selepas memenangi perlawanan tenis, pelakon Raffi Ahmad dan Nia Ramadhani menjadi sasaran kecaman netizen di Indonesia.
Tindakan Raffi, 38, dan Nia, 35, itu dianggap biadab memandangkan kedua-duanya sudah berkahwin dan bukan muhrim.
“Walaupun mereka berkawan baik, rasanya tidak perlu sampai berpelukan begitu! Tak sedar ke perbuatan itu berdosa.
Tindakan Raffi dan Nia berpelukan buat netizen kurang senang.
“Mereka tak fikir ke perasaan pasangan bila berpelukan seperti itu?
“Kalau pasangab mereka tak cemburu pun, perbuatan itu dosa dalam Islam,” komen netizen.
Tampil mempertahankan tindakannya, Raffi menjelaskan dia sudah menganggap Nia seperti adiknya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu carik isi ayam, Nia Ramadhani kena perli dengan isteri Raffi Ahmad
ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad isytihar harta, miliki kekayaan bernilai RM282 juta
Jelas pelakon itu, pelukan itu hanya sekadar meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan pasangan dari Korea Selatan iaitu Park Eun Seok dan Hong Soo Ah.
Untuk rekod, Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita Slavina pada 2014 dan pasangan ini mempunyai seorang anak.
Manakala, Nia berkahwin dengan Anindra Ardiansyah Bakrie pada 1 April 2010 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!