PASANGAN selebriti Selena Gomez dan Benny Blanco dilihat semakin serius dalam hubungan apabila mereka kini sudah membeli sebuah rumah agam mewah.
Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini membeli rumah tersebut dengan harga $ASD35 juta (RM155 juta) di Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Kediaman mewah berkonsep gaya Sepanyol itu dibeli pada Disember tahun lalu iaitu bulan yang sama pertunangan mereka diumumkan.
Selena dan Benny membeli rumah bergaya Sepanyol.
Rumah ini memiliki tujuh bilik tidur dan dua belas bilik mandi yang menyediakan ruang yang luas untuk pasangan selebriti ini.
Selain itu, hartanah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah seperti perpustakaan, rumah hijau kaca, gim dan kolam renang
Sebelum ini, Selena memiliki beberapa hartanah lain termasuk sebuah rumah di Encino, Los Angeles yang dibeli pada tahun 2020 dengan harga $ASD5 juta (RM23 juta).
ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Selena Gomez letak sos keju dalam tab mandi, kejutan sempena Hari Kekasih
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun jalin hubungan cinta, Selena Gomez dan Benny Blanco bertunang
Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2023.
Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada 11 Disember tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!