PENONTON drama The White Lotus 3 memuji lakonan ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa yang dilihat bersahaja dan tidak kaku menerusi episod pertama yang mula ditayangkan sejak Ahad lalu.
Rata-rata netizen Malaysia yang menonton sedutan drama itu berpendapat Lisa atau Lalisa Manobal, 28, dilihat seiras pelakon Faezah Elai ketika muda.
Netizen merasakan wajah Lisa seperti Faezah Elai.
"Macam Faezah Elai dah saya tengok Lisa ni.
"Teringat Faezah Elai masa muda dahulu.
"Macam Faezah Elai dalam cerita Cun," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa berani ambil risiko, dedah tak dapat sokongan syarikat pengurusan untuk gerak solo
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga kekasih didakwa derma RM500 juta setahun kepada Zionis, peminat kecewa Lisa Blackpink tergamak jadi tali barut
Drama The White Lotus 3 membongkar kisah gelap tetamu, kakitangan dan kawasan peranginan yang sepatutnya menjadi percutian yang santai.
Dalam naskhah tersebut, Lisa memegang watak sebagai Mook iaitu seorang pengurus hotel, penari dan juga mentor kesihatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!