suria

Seo Kang Joon cerita pengalaman di kem tentera, rakan pelatih suka intainya mandi

Kang Joon sangkal dakwaan dirinya menyukai lelaki.

PELAKON Seo Kang Joon mendedahkan dia sering menjadi mangsa gangguan ketika menjalani latihan ketenteraan tiga tahun lalu.

Kang Joon, 31, mendakwa setiap kali mandi di bilik air awam dia kerap kali diintai oleh rakan-rakannya sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

Lebih parah, mereka juga akan menyerbu bilik mandi beramai-ramai jika tahu dia sedang mandi seorang diri.

kang_joon_1Kang Joon kurang selesa berkongsi mengenai kisah hidupnya.

"Saya tak mahu mereka lihat apa yang mereka mahu lihat. Jadi saya pilih untuk membelakangi mereka," katanya.

Kang Joon berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu dalam saluran YouTube Zzan Bro.

Pendedahan tersebut membuatkan salah seorang pengacara iaitu Shin Dong Yup mengusik Kang Joon mengenai khabar angin mendakwa dia menyukai sesama jantina.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Lisa Blackpink dalam ‘The White Lotus 3’ dipuji, netizen Malaysia kata seiras Faezah Elai

ARTIKEL BERKAITAN: Persediaan kahwin, Selena Gomez dan Benny Blanco beli rumah bernilai RM155 juta di Los Angeles

Kang Joon bagaimanapun segera menyangkal dakwaan berkenaan sekali gus menegaskan dia menyukai wanita.

"Kenapa tanya macam itu? Saya suka wanita dan tidak suka lelaki," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain