suria

Menangis tonton drama sendiri, produksi ‘scam’ Lee Hyun Wook lakon babak intim

Hyun Wook sentiasa menjadi imej kerjaya seni.

PENONTON bagai tidak percaya apabila melihat pelakon Lee Hyun Wook tergamak melakonkan babak intim dalam drama The Queen Who Crowns.

Walaupun ia dilakukan dengan teknik pengimejan berkomputer (CGI) namun peminat meluahkan rasa kurang senang terhadap Hyun Wook kerana menerima tawaran sebegitu.

Tampil mempertahankan diri, Hyun Wook, 38, menjelaskan dia sendiri menjadi mangsa 'scam' apabila pihak produksi sendiri tidak berbincang dengan terperinci tentang babak berkenaan dengannya.

hyun_wook_2

Hyun Wook kesal dengan tayangan babak intim dalam drama lakonannya. 

Malah dia hanya menonton hasil akhir babak itu ketika ia ditayangkan.

“Sepatutnya perlu ada perbincangan mendalam bersama produksi. Saya menangis selepas menonton babak tersebut ditayangkan.

“Ia sangat menyakitkan sampai membuatkan saya ragu dengan mutu lakonan sendiri.

“Biasanya saya memang tolak untuk melakukan adegan berbogel. Drama ini tentang kisah sejarah, jadi babak tersebut seperti tidak menghormati watak berkenaan,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Lisa Blackpink dalam ‘The White Lotus 3’ dipuji, netizen Malaysia kata seiras Faezah Elai 

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom 2NE1 sekali lagi dakwa Lee Min Ho suaminya, netizen minta jumpa psikiatri

Tambah Hyun Wook perkara tersebut adalah di luar kawalannya kerana pihak produksi bertanggungjawab penuh dalam menyiapkan suntingan drama tersebut. 

Biarpun dianggap sebagai hiburan namun sukar untuk pelakon ini berdepan situasi kerana dia adalah orang yang melakonkan babak berkenaan. 

“Mungkin orang suka babak tersebut namun bagi saya ia sangat menyakitkan. Apabila ditayangkan ia bukan lagi di bawah kawalan saya. 

"Sebelum ini saya tidak pernah menyesal jika drama kurang mendapat sambutan namun kali ini perasaannya berbeza," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain