suria

Bertahun-tahun hilangkan diri, Won Bin muncul beri penghormatan terakhir pada Kim Sae Ron

Won Bin menangis ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Kim Sae Ron.

SELEPAS bertahun-tahun memencilkan diri dari dunia hiburan, pelakon terkenal Won Bin akhirnya muncul di hadapan khalayak buat pertama kali.

Won Bin muncul bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon Kim Sae Ron di Hospital Asan, Seoul pada Isnin lalu.

Pelakon itu dilihat berpakaian serba hitam dan ditemani oleh isterinya iaitu pelakon Lee Na Young dengan wajah yang sugul.

Won Bin dan Sae Ron pernah bergandingan dalam filem The Man From Nowhere yang ditayangkan pada 2010.

Won BinWon Bin dan Sae Ron pernah membintangi filem The Man From Nowhere pada 2010.

Hubungan mereka rapat sejak sama-sama berlakon dalam filem tersebut.

Sementara itu, kehadiran Won Bin turut dilihat sebagai jawapan kepada kehilangannya dari dunia hiburan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kemunculannya itu seolah-olah menyatakan dia turut menerima pelbagai tekanan seperti mana dialami Sae Ron sehingga tergamak mengambil nyawanya sendiri.

Won Bin dilihat mengambil langkah meninggalkan dunia glamour kerana enggan nasibnya berakhir seperti Sae Ron.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah punca kematian, Kim Sae Ron dah lama berdepan tekanan

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Sae Ron rancang buka kafe, sempat tukar nama sebelum ditemukan mati

“Bukan perkara pelik Won Bin enggan kembali ke dunia lakonan. Baguslah kalau dia sekarang sudah ada kehidupan lebih baik.

“Apa lebih penting dia dapat hidup tenang tanpa sebarang tekanan dan dibuli mentalnya oleh netizen.

“Apatah lagi isu buli di Korea Selatan jauh lebih dahsyat berbanding negara lain,” komen netizen.

Mendiang Sae Ron ditemukan tidak bernyawa di kediamannya pada 15 Februari lalu.

Kim Sae Ron Kim Sae Ron ditemukan sudah tidak bernyawa di kediamannya pada 15 Februari lalu. 

Berdasarkan laporan media, kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri akibat tekanan melampau.

Sae Ron sejak beberapa tahun lalu menjadi sasaran netizen susulan terpalit isu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan pada 2022.

Sejak itu, Sae Ron memencilkan diri apabila menerima pelbagai tekanan dan buli di media sosial sehingga semua projek lakonannya dibatalkan.

Disebabkan itu mendiang dilaporkan mengalami masalah kewangan yang teruk selain kemurungan sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain