GENAP lima tahun pemergian pelakon Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari tidak pernah lupa menziarahi kubur Allahyarham.
Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL, 42, berkata, kesakitan kehilangan arwah masih lagi dirasai namun dia perlu kuat meneruskan hidup.
Kata Bunga, kasih sayang terhadap Ashraf tidak pernah padam walaupun kehidupannya kini sudah berubah.
Noah hadir ke kubur dengan mengenakan baju Allahyarham.
“Lima tahun telah berlalu, namun pedih ketiadaanmu masih ada. Hidup tetap diteruskan, namun kami membawamu di setiap saat dan dalam setiap doa.
“Banyak yang telah berubah tetapi cinta kami kepadamu tidak akan pernah berubah.
“Rindu yang tidak terkata, mencintaimu tanpa batasan dan diingati selalu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Bunga Citra Lestari sudah berbincang dengan keluarga Ashraf sebelum buang nama Sinclair di IG
ARTIKEL BERKAITAN: Bilang hari bahagia... Bunga Citra Lestari buang nama Sinclair, tukar ‘username’ Instagram
Bunga berkongsi perkara itu menerusi platform Threads.
Menerusi hantaran tersebut dapat dilihat Bunga bersama anaknya iaitu Noah Aidan Sinclair dan suaminya Tiko Aryawardhana dan ahli keluarga lain turut menziarahi kubur Allahyarham.
Dalam pada itu, Bunga memberitahu Noah yang kini berusia 15 tahun sudah muat mengenakan pakaian milik Ashraf.
Kami mendoakan kedamaian kamu yang abadi di sana.
BUNGA CITRA LESTARI
PENYANYI
“Lima tahun bukan tempoh yang sekejap. Anak kita sekarang sudah menjadi remaja dan semakin tinggi. Dia pun sudah muat pakai baju milik kamu.
“Jangan risaukan tentang kami, di sini ramai menjaga dan menyayangi kami. Kami mendoakan kedamaian kamu yang abadi di sana,” ujarnya.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008.
Bunga hadir ke kubur Ashraf bersama ahli keluarga.
Ashraf mengembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Pada 2 Disember 2023, Bunga bertemu jodoh dengan Tiko dan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.
Selain keluarga dan sahabat handai, keluarga Ashraf turut hadir ke majlis berkenaan dan merestui perkahwinan mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!