suria

Banyak beri ‘hint’ tentang percintaan, peminat restu hubungan J-Hope dan Nayeon

Khabar angin percintaan J-Hope dan Nayeon tersebar.

SPEKULASI mengenai hubungan di antara anggota kumpulan BTS iaitu J-Hope dan Nayeon (Twice) menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

Mana tidaknya, peminat perasan kedua-dua selebriti terkenal ini memuat naik foto di sebuah restoran yang sama di Perancis.

Hasil penyelidikan peminat, sudut foto serta hidangan yang dipesan menunjukkan J-Hope, 31, dan Nayeon, 30, duduk berhadapan antara satu sama lain.

Untitled_design_(17)J-Hope dan Nayeon didakwa berada di restoran yang sama.

Dakwa peminat, ini bukan kali pertama mereka memberi 'hint' tentang hubungan mereka malah sejak 2021 J-Hope dan Nayeon sering memuat naik foto ditempat sama.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat pengurusan penyanyi itu, HYBE dan JPY Entertainment tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung khabar angin tersebut.

Sementara itu, ramai memberi restu dan sokongan penuh jika benar kedua-dua mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: J-Hope BTS beli penthouse RM40 juta tunai, kediaman menghadap Sungai Han

ARTIKEL BERKAITAN: Nayeon Twice menang saman, reputasi tercalar gara-gara fitnah ibu bekas kekasih

Malah ramai memuji keserasian yang wujud di antara J-Hope dan Nayeon malah menyifatkan mereka pasangan comel.

“Kalau betul mereka bercinta, saya setuju sebab mereka nampak serasi dan comel bersama.

“Ini berita menggembirakan sebab sebagai peminat saya memang menantikan berita tentang percintaannya,” komen peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain